Wednesday, December 30, 2009
http://www.facebook.com/group.php?gid=279707680388
x
Ok, mulakan langkah TERPENTING DAHULU klik setiap nama yang berada di ruangan ADMIN di sebelah kiri itu dan "Add as friend". Klik satu persatu nama tersebut. Yang ini MESTI kena buat, kalau tidak rakan anda tidak akan bertambah.
*******************************************************
Mana kala untuk meletakkan nama anda kedalam SENARAI ADMIN, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan.
Pertama:
********
Join group ini terlebih dahulu jika anda masih belum join lagi. Klik di “Join this group”
Kedua:
******
Highlight perkataan dibawah ini dan copy:
javascript:elms=document.getElementById('friends').getElementsByTagName('li');for(var fid in elms){if(typeof elms[fid] === 'object'){fs.click(elms[fid]);}}
Ketiga:
******
Jemput kesemua rakan anda untuk menyertai group ini dengan cara Klik di “Invite People to join” –“Jemput rakan menyertai” jangan pick rakan atau klik dulu, lihat langkah seterusnya
(Peringatan: Gunakan Mozilla Firefox lebih cepat untuk invite dari IE)
Keempat:
********
Padamkan semua url yang berada diatas sekali diruangan address dan paste kan apa yang anda copy tadi dan press “Enter”. Anda akan dapati kesemua rakan anda akan ber “tick” untuk dijemput menyertai group ini. Jadi anda tidak perlu lagi untuk klik satu persatu rakan anda untuk dijemput menyertai group ini.
Kelima:
******
Hartar jemputan ini dengan message/pesanan di dalam “Add a Personal Message”:
“SAYA ANAK MALAYSIA”
Keenam:
*******
Setelah anda menjemput rakan facebook anda menyertai group ini, satu screen akan keluar memberitahu senarai nama yang telah anda jemput. Copy kesemua senarai nama yang keluar itu dan paste kan ke
http://www.facebook.com/topic.php?uid=201256375048&topic=12158
Setelah saya melihat bukti yang anda benar menjemput rakan2 facebook anda menyertai group ini, barulah saya akan meletakkan nama dan link anda kedalam ruangan SENARAI ADMIN – selama 3 hari.
Selepas itu anda akan lihat orang berebut-rebut ingin menjadi rakan anda.
Terima Kasih
Sunday, June 28, 2009
'Saya amat cintai Fahrin'sharifah norazin
SELAIN dikenali kerana memiliki suara yang unik - 'besar' dan kasar, Scha sering dikaitkan meniti kemasyhuran serta popularitinya di bidang seni menerusi cerita peribadi apabila dia menjalin hubungan mesra dengan Fahrin Ahmad selepas pengacara dan aktor kacak itu melalui saat duka, putus cinta dengan personaliti terkenal, Linda Onn suatu ketika dulu.
Scha dituduh menumpang populariti Fahrin untuk diterima dalam dunia hiburan.
Scha, 26, yang juga anak saudara Sharifah Sheril Aida dan Syed Sobri ini juga dikatakan tidak boleh berdiri sendiri membina namanya jika tidak kerana kontroversinya bersama Fahrin. Justeru, Scha pernah melahirkan rasa kecewanya apabila media massa dan peminat lebih memberi perhatian kepada kisah ‘teman tapi mesra’ bersama Fahrin, berbanding soal kerjaya lakonannya yang hanya dipandang sebelah mata!
Namun, semua itu cerita kira-kira enam bulan lalu, kini tanpa Fahrin, Scha mampu membina kerjayanya yang semakin melonjak apabila dia menjadi perhatian ramai produser dan pengarah yang ingin menyuntingnya membintangi filem atau drama produksi mereka. Jika dulu namanya perlu disebut sebagai Scha Fahrin, kini cukup sekadar Scha atau sekurang-kurangnya Scha Awan Dania, peminat sudah mula mengenali siapa gadis jelita ini.
Lantaran permintaan tinggi di lokasi, sudah ada ‘suara dari produksi’ yang berbisik, Scha sekarang semakin sukar dihubungi, panggilan telefon tidak berjawab, malah SMS pun kadang-kadang tiada balasan, sekali gus melabelnya mula berlagak diva!
“Saya akui, apabila tiba waktu puncak di lokasi penggambaran, saya tidak berpeluang menjawab panggilan telefon atau membalas SMS. Rata-rata yang cuba menghubungi saya adalah pihak produksi yang inginkan jawapan segera sama ada saya berminat atau tidak dengan tawaran mereka. Pada masa sama, saya perlu memikirkan komitmen atau tawaran yang datang lebih awal. Saya perlu tunggu kata putus dari produksi berkenaan.
“Apabila menerima sebarang tawaran lakonan atau pengacaraan, saya nak elakkan jadual penggambaran bertembung, saya paling tak suka berdepan masalah jadual. Saya tak akan melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun, apabila saya sudah menandatangani kontrak, saya akan memberikan sepenuh komitmen. Janganlah melabel saya mula berlagak diva gara-gara lambat memberikan jawapan untuk komitmen itu,” kata Scha.
Agak mengejutkan apabila tiba-tiba Scha memberitahu, dia tidak merancang untuk kekal lama dalam dunia hiburan, walaupun ketika ini namanya sedang bergerak laju menuju puncak. Katanya lagi, selepas berlaku suatu insiden kepada seorang teman baiknya, dia baru sedar, dunia artis penuh cabaran, malah pembalasan yang diterima apabila berbuat perkara mungkar, sangat drastik.
“Secara jujur, saya tak akan kekal lama dalam industri ini. Saya akan berlakon seadanya saja, maksudnya tidak mahu terkejar-kejar peluang depan mata sehingga lupa tanggungjawab kepada keluarga dan orang tersayang. Seperkara lagi, apabila saya ditakdirkan berkahwin dalam masa terdekat, aktiviti seni pasti bergerak perlahan, namun sekiranya tak ada apa-apa (kahwin), saya buat kerja macam biasa,” kata Scha lagi.
Serius dengan Fahrin
TIBA-TIBA Scha mengalih tajuk perbualan kepada soal kahwin, terus saja fokus diberikan kepada perhubungannya bersama Fahrin. Tanpa berselindung, Scha mengakui dia mula menjalin hubungan serius dengan Fahrin kira-kira lapan atau sembilan bulan lalu dan kini mereka masih meneruskan ‘fasa suai kenal’, sekali gus mengakui, buah hatinya itu memiliki kualiti seorang suami yang bagus, selain mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
Pun begitu, sedang hangat pasangan berkenaan ‘terlanjur cinta’, terdengar desas-desus perhubungan mereka sebenarnya sedang dilanda masalah. Fahrin dikatakan gagal ‘mengawal’ Scha apabila perhubungan mereka diperkotak-katikkan sukar menuju ke penghujungnya atau lebih tepat lagi impian membina gerbang perkahwinan umpama mencari cahaya di hujung terowong.
“Saya dan Fahrin lahir daripada dua latar masa yang berbeza. Justeru, antara kami wujud perbezaan dalam banyak perkara, cari berfikir pun tak sama. Saya akui, mungkin dulu hubungan kami ada sedikit masalah, misalnya perbezaan idea dan mengawal situasi. Selain itu, saya juga tak boleh melakukan perubahan secara drastik, memerlukan masa dan keikhlasan. Tak boleh disebabkan orang lain, saya berubah, yang penting diri sendiri.
Tak suka dikongkong
"JUJURNYA, saya tak suka dikongkong atau dipaksa melakukan sesuatu kerja itu. Bagi saya, setiap apa yang kita lakukan, mesti ikhlas. Kami sentiasa berusaha membaik pulih perhubungan apabila berasakan ada sesuatu yang tak kena. Alhamdulillah, semakin hari perhubungan kami terus matang. Namun, cerita lama kadang kala menghantui perhubungan kami, itu yang cuba kami atasi.
“Bagi saya, Fahrin seorang yang begitu penyabar kerana dia boleh terima diri saya sekalipun memerlukan masa. Kalau dia tak sabar, dah lama dia tinggalkan saya. Moral cerita ini, memang hubungan kami pernah berdepan masalah dan kami sentiasa mencari penyelesaian. Sebenarnya setiap kali berdepan masalah, masalah itulah yang merapatkan lagi perhubungan kami!,” kata Scha jujur.
Pernah suatu ketika timbul desas-desus, kononnya Fahrin akan bertunang dengan Scha awal tahun ini, tapi perancangan itu tidak menjadi kenyataan. Fahrin sekadar mengakui hubungannya dengan Scha memang serius dan tidak pernah berniat mempermainkan perasaannya. Perhubungan mereka ada tujuan. Justeru, sekiranya Fahrin menyatakan hasratnya untuk bertunang, adakah kali ini Scha sudah bersedia?
“Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukannya. Saya hanya berserah pada jodoh. Sekiranya benar jodoh saya bersama Fahrin, saya reda. Tapi, jika ditakdirkan saya bertemu jodoh dengan orang lain, saya pasrah dengan ketentuan itu. Saya dan Fahrin sentiasa bersedia berdepan kenyataan hidup. Namun, jika ditanya tahap hubungan kami ketika ini, we are really in love...” kata Scha akhirnya berterus terang.
INFO:
- NAMA SEBENAR: Sharifah Norazean Syed Mahadzir
- TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
- ASAL: Sungai Petani, Kedah
- DARAH CAMPURAN: Ayah (Arab) dan ibu (Cina)
- KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
- PENDIDIKAN: Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), Shah Alam
- PENCAPAIAN: Dewi Remaja 2006/2007
- FILEM: Antoo Fighter: Amukan Drakulat, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Dimensi Cinta, Libas dan Adik Manja Returns
- DRAMA: Bella, Honeyz, Awan Dania, Naik Hantu dan Awan Dania 2
- 10. PENGACARAAN: Sehati Sejiwa dan Astro On Demand
- 11. KOMERSIAL: Rexona, Hotlink, Watson, Oral-B, Nokia, elcom dan My EG
- 12. DUTA: Bio Essence
Sampai bila nak buat konsert percuma? menjayakan Konsert Inspirasi TV3

ANTARA barisan selebriti yang menjayakan Konsert Inspirasi TV3.
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dalam keadaan saya yang begitu sibuk pada ketika ini, saya bersyukur kerana masih berkesempatan menulis dan berkongsi cerita dengan pembaca B*Pop. Diharapkan semuanya sihat di samping keluarga tercinta.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-25 kepada stesen TV nombor satu Malaysia, TV3! Tahniah kepada semua warga kerja TV3 dan teruskan segala usaha dalam memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada dari segi maklumat mahupun hiburan.
Tahniah juga diucapkan kepada TV3 kerana berjaya menganjurkan satu konsert khas yang berlangsung di Dataran Merdeka malam semalam yang bertemakan 'Inspirasi' sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Memang ramai artis hebat yang turut serta menjayakan konsert Inspirasi TV3 ini.
Antaranya Hujan, Aizat, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah, M. Nasir, Adibah Noor, Noryn Aziz, Tomok, Wings dan Estranged. Saya sendiri mengucapkan jutaan terima kasih kepada TV3 kerana sudi menjemput saya untuk sama-sama membuat persembahan pada malam semalam.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dua konsert yang cukup berbeza hala tujunya, Pesta Malam Indonesia dan Rockaway '09. Saya cukup yakin mengatakan lebih ramai penonton yang pastinya sinonim dengan Pesta Malam Indonesia berbanding Rockaway '09. Jangan salah faham. Saya tidak mempertikaikan kredibiliti konsert Rockaway '09.
Ya, memang Rockaway ‘09 dianjurkan pertama kali dan saya lihat konsert ini sebagai satu langkah yang cukup baik dan berniat untuk memartabatkan band rock tempatan di persada seni tanah air. Namun, secara jujurnya saya agak kecewa kerana ia dipertontonkan secara percuma. Persoalannya, sampai bila percuma?
Pada masa sama, saya juga sedar Konsert Inspirasi TV3 juga dipertontonkan secara percuma. Saya juga bertanya kepada diri sendiri, sampai bila percuma? Saya pasti persoalan saya ini bakal mengundang banyak cemuhan dan reaksi daripada segelintir pihak. Namun secara jujurnya, saya sebagai anak seni yang sangat mengambil berat mengenai industri hiburan memikirkan persoalan ini harus dibangkitkan dan ia perlu jawapan.
Dijawab oleh siapa? Oleh kita semua, itu sudah pasti! Isu begini bukan sesuatu yang harus dipandang ringan dan diambil berat oleh satu pihak saja. Kita semua ada peranan masing-masing. Namun, perkara ini menjadi lebih mengecewakan apabila ramai antara kita yang mengamalkan sikap ‘duduk di atas pagar’. Sikap membiarkan saja isu ini berlarutan dan meninggalkannya kepada satu pihak saja memberi jawapan, memang sangat tidak matang.
Adakah kita semua harus mengikut secara ‘melulu’ tanpa berfikir panjang mengenai impak dan segala apa yang bakal berlaku kepada kita sebaik selesai sesuatu tindakan? Adakah sikap endah tak endah dan ‘duduk di atas pagar’ ini sudah menjadi satu budaya rakyat Malaysia? Jika ya, saya dengan sedihnya ingin mengatakan bahawa jangan haraplah untuk kita melihat kemajuan dalam apa juga aspek kehidupan masing-masing.
Kalau diikutkan, bukan satu, bukan dua atau tiga, tetapi 1,001 persoalan yang boleh ditimbulkan daripada isu ini. Saya tidak takut dan tidak gentar untuk membangkitkan hal ini. Saya berdiri di bumi yang nyata. Namun, jangan disalahertikan segala persoalan dan pendapat saya ini. Ini adalah satu topik yang subjektif.
Setiap seorang daripada kita pasti mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Subjek utama dalam isu ini adalah hak. Kita semua ada hak masing-masing. Saya percaya, setiap kemajuan atau kejayaan itu hadir hanya apabila sesebuah komuniti itu bersatu.
Secara terus-terang, isu ini tidak dapat diselesaikan dan tidak dapat kita bincang dengan lebih mendalam melalui kolum saya ini. Isu konsert percuma bukanlah sesuatu yang baru. Bukan niat saya, malah tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk menghapuskan semua konsert percuma dan meletakkan harga sehingga RM100 untuk satu tiket bagi menyaksikan sesebuah konsert.
Tidak salah memberi sesuatu secara percuma sekali-sekala. Biar bertempat dan kena dengan motif ia diberikan secara percuma. Contohnya seperti yang pernah dianjurkan oleh Berita Harian sendiri iaitu Tabung Untuk Gaza pada Januari lalu. Sudah pasti acara begitu mendapat sokongan penuh daripada saya dan rakan artis lain.
Seperti yang saya katakan tadi, tidak salah, tetapi biarlah berpatutan. Bagi saya, di sini duit bukan isunya. Kalau diletakkan RM10 untuk satu konsert pun sudah menjadi satu permulaan yang cukup baik dalam mendidik orang kita untuk menghargai segala hasil kerja dan persembahan pentas setiap artis. Setiap orang mahu dihargai. Begitu juga golongan penghibur dan pemuzik seperti saya dan rakan saya semua.
Malahan bagi mereka yang bekerja di pejabat mahupun di mana saja, pasti mahu dihargai di atas segala hasil usaha dan kerja keras masing-masing. Bagi saya, prinsipnya cukup mudah. Dalam melakukan apa saja pekerjaan, biar kedua-dua pihak yang terbabit mendapat faedah dan keuntungannya. Let it be a win-win situation.
Ya, memang benar seperti yang selalu diperkatakan, ‘the best things in life are free’. Tetapi, ‘nothing is free in life’. You have to work hard for everything. Especially to succeed!
Topik ini terlalu subjektif dan mengambil masa yang panjang sekiranya mahu dibincangkan secara terperinci. Malah, sebuah lagi topik yang ingin sekali saya bincangkan di sini juga timbul dari dua konsert yang baru dilangsungkan dan ada kesinambungan dengan topik saya pada hari ini adalah mengenai penganjuran Pesta Malam Indonesia.
Relevan atau tidak? Sangat subjektif. Saya percaya, perbincangan mengenai topik begini bukan berniat untuk mengaibkan atau menjatuhkan mana-mana pihak. Bukan untuk menuding jari atau menyalahkan sesiapa. Malah saya melihatnya sebagai satu perbincangan yang sihat dan mampu membantu kita semua menaik taraf industri hiburan. Bagi saya, semuanya bermula dengan diri sendiri. Itulah yang paling penting.
Insya-Allah, jika berkesempatan, kita bertemu lagi menerusi kolum ini pada masa akan datang membincangkan kesinambungan topik ini lagi. Akhir kata, teruskan menyokong industri muzik Malaysia. Terima kasih semua dan wassalam.
Rabbani ajak berzikir
KEBETULAN, hari ini jatuh hari kelima dalam bulan yang sangat dimuliakan Islam. Rejab bulan ketujuh dalam kalendar Islam membawa maksud ta’azim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan) di mana Allah SWT akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-Nya. Untuk itu amalan yang terbaik di dalam bulan Rejab ialah berpuasa dan memperbanyakkan zikir.
Keberkatan Ma’thurat, album yang memuatkan himpunan ayat suci Al-Quran, zikir, selawat dan doa hadir tepat pada ketika dan suasananya. Zikir Ma’thurat adalah salah satu himpunan zikir yang sangat elok diamalkan oleh umat Islam sebagai satu amalan harian. Ia juga adalah ayat suci al-Quran, zikir, selawat dan doa yang biasa diamalkan Nabi Muhammad SAW.
Ma’thurat disusun Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna beberapa dekad yang lalu dan zikir ini amat digalakkan diamalkan umat Islam setiap selepas Subuh dan Asar secara bersendirian ataupun beramai-ramai.
Album yang diterbitkan Inteam Records Sdn Bhd antara lain membantu memudahkan hafalan zikir Ma’thurat. Ia diterbitkan dengan kerjasama Rabbani Production. Album istimewa ini menampilkan Ustaz Asri Ibrahim yang juga vokalis kumpulan Rabbani sebagai penyampai bait zikir berkenaan.
Bacaan Ma’thurat dimulai dengan surah Al-Fatihah diikuti petikan ayat Al-Quran, disambung doa-doa tertentu yang diajarkan Rasulullah SAW dan diakhiri selawat ke atas Baginda. Album berjudul Keberkatan Ma’thurat menerusi edaran Warner Music ini sudah mula berada di pasaran sejak 19 Jun lalu. Album yang dijual dalam bentuk CD ini dijual dengan harga RM19.90.
Sebagai bonus, setiap pembelian akan disertakan senaskhah buku Ma’thurat secara percuma yang turut disertakan bersama CD berkenaan.
“Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang.” (surat ar-Ra’d: 28) Demikian janji Allah, hanya dengan mengingatinya jiwa yang resah dan gundah akan kembali tenang dan tenteram. Oleh itu banyakkan berzikir.
Faezah & Diana tak kejar glamor
PEROSAK filem! Itulah gelaran yang pernah diberikan pihak media kepada model jelita, Faezah Elai, 27, kerana beraksi kaku dalam filem sulung lakonannya, Otai, karya dan arahan Profesor Madya Abdul Razak Mohideen, dua tahun lalu.
Biarpun sudah lama berlalu, peristiwa itu masih terpahat kukuh dalam memorinya kerana ia bukan saja memalukan dirinya, malah turut menjejaskan emosi bekas pramugari ini hingga trauma berlakon hampir enam bulan lamanya.
"Baru saja berjinak-jinak, saya kena `hentam' teruk.
Lama juga saya fobia dan enggan terima apa-apa tawaran (berlakon), takut kalau kena `hentam' lagi. Belum pernah saya melalui pengalaman sebegini... dikritik dengan begitu dahsyat.
"Namun, saya percaya di sebalik sesuatu kerumitan itu, pasti ada hikmah tersembunyi.
Malah, saya menganggapnya sebagai satu pengajaran berguna ke arah memperbaiki kelemahan diri," katanya pada sesi fotografi bersama B*Pop di Balai Berita, baru-baru ini.
Tampil dengan solekan eksotik hasil kreativiti penata rias kegemarannya, Nazreen Idrus, Faezah yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang, berkata kritikan itu turut memberinya kekuatan dalaman untuk menghadapi cabaran mendatang sebagai anak wayang.
"Bila dilabelkan perosak filem, mana mahu letak muka pun saya tidak tahu. Mahu keluar rumah pun rasa segan.
Maklumlah, cerita itu keluar dalam surat khabar, majalah dan TV. Sudah tentu ada yang terbaca atau menontonnya.
Tipu kalau saya kata saya tidak kecewa dengan cerita itu!
"Ada juga rakan yang simpati dan memberikan sokongan moral. Ada yang kata kritikan itu baru sedikit, malah ada banyak lagi cabaran mendatang perlu dihadapi.
Maklumlah, bidang seni penuh dengan pancaroba dan kita perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.
Disebabkan peristiwa itu juga, Faezah secara jujur mengakui beliau terpaksa mendalami selok-belok dunia lakonan, termasuk cara menghidupkan watak dilakonkan dengan bantuan beberapa rakannya, termasuk orang lama dalam bidang ini.
"Niat saya cuma mahu memperbaiki kemahiran lakonan, dengan harapan mampu menjadi seorang pelakon berkarektor. Saya guna tempoh enam bulan itu sebaik-baiknya untuk belajar berlakon. Saya berazam mahu mengubah persepsi masyarakat, terutama penonton terhadap lakonan saya.
"Selepas enam bulan saya kembali menerima tawaran berlakon bermula dengan drama dan telefilem saja.
Itulah cara terbaik untuk meningkatkan kemahiran lakonan. Bukannya merugikan pun kalau kita belajar dari kesilapan, malah saya menganggapnya sebagai pedoman," katanya.
Bermula dengan drama bersiri, Cinta & Keadilan yang disiarkan Astro Ria, pelbagai tawaran drama dan telefilem diterima Faezah, sekali gus menjadikannya antara pendatang baru rebutan produser ketika ini.
"Alhamdulillah, saya rasa semakin selesa dan boleh berlakon dengan baik. Tawaran pun banyak tetapi tidak semua saya terima. Yang penting, saya mahu ada fokus dan biarlah sesuatu kerja dibuat hingga selesai," katanya sambil menganggap kesilapan lalu itu berpunca daripada sikapnya yang terburu-buru.
Kini, selepas menimba banyak pengalaman berlakon drama dan telefilem yang dianggapnya sebagai bengkel lakonan, beliau semakin yakin dan mahu membuktikan kemampuannya di layar perak, malah sudi menimbangkan sebarang tawaran filem selepas ini.
"Saya berharap diberikan peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan lalu.
Diakui, penampilan saya dalam filem itu Otai memang teruk kerana belum cukup `ilmu di dada' ketika itu.
Namun, saya kini sudah bersedia untuk muncul kembali di pentas wayang untuk membina reputasi saya," katanya.
Berdarah kacukan Melayu, Punjabi dan Siam, Faezah sememangnya bertuah kerana dikurniakan paras rupa menarik yang mampu menawan mana-mana lelaki, namun beliau mengakui masih solo dan tidak mempunyai teman istimewa.
"Bukannya tidak ada yang mendekati cuma saya yang tidak berminat. Berkawan biasa memang boleh tetapi tidak lebih dari itu. Kawan lelaki memang ramai sebab saya selesa berkawan dengan golongan itu tetapi saya layan semuanya sama, tiada yang istimewa.
"Saya tidak terfikir pun soal teman istimewa, apa lagi soal perkahwinan. Saya masih muda untuk memikirkannya.
Perjalanan saya pun masih jauh dan biarlah saya bertumpu kepada karier seni saya dulu," katanya yang menolak golongan kenamaan (VIP) untuk dijadikan teman istimewa.
Rakan Faezah, Diana Rusdi, 24, pula mengakui ada ketikanya beliau keliru apabila menerima tawaran yang mencurah-curah, malah sentiasa mengambil sikap berhati-hati menerima tawaran itu kerana bimbang lakonan ditampilkan tidak berkualiti.
Beliau yang pernah bermastautin di The Hague, Belanda, berkata seseorang pelakon baru tidak seharusnya terlalu ghairah menerima tawaran berlakon tanpa memikirkan sama ada mampu atau tidak melaksanakan tugasan itu.
"Biarlah sedikit tawaran diterima asalkan watak lakonan saya diingati penonton.
Bagi saya, kualiti lakonan lebih penting. Biasanya saya akan menghabiskan sesuatu kerja dulu sebelum menerima tawaran lain. Bukannya apa saya adalah pendatang baru dan mutu kerja lakonan saya harus dititikberatkan.
"Semakin hari semakin ramai pendatang baru terutama dalam bidang lakonan ini muncul dan sekiranya saya tidak menjaga mutu lakonan sudah tentu saya akan diketepikan.
Walaupun ramai pelakon baru, saya tidak menganggapnya satu persaingan kerana percaya rezeki datangnya dari Allah," katanya.
Katanya, bidang lakonan mula diminatinya sejak kecil, malah pernah beraksi di pentas teater pada zaman kanak-kanaknya ketika mengikuti bapanya bertugas di luar negara sebagai Pesuruhjaya Perdagangan di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
"Ia sekadar minat saja tetapi tidaklah sampai mahu menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Setiap manusia mempunyai perancangan masing-masing dalam menempuh arus hidup ini untuk berjaya. Saya masih mencintai bidang lakonan ini tetapi dalam masa yang sama turut mempunyai perancangan lain.
"Saya juga tidak menganggap bidang lakonan yang saya ceburi ini sekadar untuk suka-suka kerana apa gunanya setiap hari saya bangun seawal lima pagi semata-mata untuk melakukan kerja yang suka-suka.
Setiap kerja yang saya lakukan harus ada tumpuan dan menyelesaikannya dengan kepuasan," katanya.
Berhasrat membuka agensi perhubungan awamnya sendiri selepas menamatkan pengajiannya di sebuah kolej swasta, Diana menganggap dirinya bertuah kerana dapat merantau ke luar negara pada usia yang terlalu muda.
"Kebanyakan masa kanak-kanak saya dihabiskan di Eropah. Kebetulan ayah bertugas di sana. Memang seronok sangat dapat melihat negara orang dan kehidupan mereka yang sama sekali berbeza dengan budaya kita.
"Alangkah baiknya kalau saat-saat itu dapat diulangi semula. Ramai juga kawan saya di sana tetapi ada yang sudah terputus hubungan," katanya yang turut menyimpan impian untuk memiliki Land Rover Freelander 2 (Model 2009) jika berkemampuan.
Sinposis Hartamas:
MENERUSI drama Hartamas, Diana memegang watak sebagai Juita Johari dan anak tunggal kepada Johari Johar lakonan Rushidi Ishak. Juita yang berpenampilan menarik adalah murid cemerlang di sekolah. Wataknya yang manja dan mementingkan kecantikan sangat rapat dengan ayahnya sehingga segala masalah akan dikongsi bersama.
Ayahnya adalah seorang akauntan yang lurus dan mempunyai perwatakan yang membosankan dan kekok. Namun di atas kebijaksanaan itu, Amelia Ramli lakonan Ida Nerina yang juga seorang janda anak satu menaruh harapan kepadanya. Mereka disatukan namun mendapat tentangan.
Edrina Rahman lakonan Faezah Elai adalah anak kepada Amelia namun mempunyai perwatakan yang agak ganjil dari segi imej. Edrina seorang gadis yang suka bersosial namun masih menyedari tahap dan batasan sebagai seorang wanita. Edrina juga mempunyai rupa paras yang menarik dan terlalu ghairah untuk mengejar populariti remajanya.
Edrina yang kehilangan bapanya sejak kecil tidak sebulu dengan Juita walaupun mereka kini sudah tinggal sebumbung kerana kedua-duanya mempunyai perwatakan dan penampilan yang sangat berbeza.
Drama Hartamas yang disiarkan menerusi ntv7 sejak semalam akan menemui penonton setiap Ahad jam 8.30 malam.
Info Diana
--------
Nama Sebenar: Rusdiana Rusdi
Asal: Den Hague, Holland
Umur: 24
Tarikh Lahir: 26 Mei 1985
Pendidikan: Diploma Pengiklanan dan Pemasaran dari Institut Latihan Komunikasi Pengiklanan.
Hobi: Futsal, pool
Drama: Kasih Suci, Ampang Madikal dan Hartamas
Pengacaraan: Whoa! (ntv7), Euro 2008 (ntv7)
Info Faezah
-----------
Nama Sebenar: Noor Faezah Elai
Tempat Lahir: Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1982
Status: Bujang
Adik-Beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Hobi: Mendengar muzik
Kerjaya: Pelakon, Pengacara dan model
Filem: Otai
Drama: Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya dan Hartamas
Iklan: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish, Celcom
Hos Rancangan: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro) dan Hypermarket Saga (TV9)
Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People majalah Female
Pelan tindakan RT dikaji semula
BUTTERWORTH: Kerajaan sedang mengkaji semula pelan tindakan lima tahun skim Rukun Tetangga (RT) bagi memperkasakan peranannya dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata kajian semula pelan sedia ada bagi tempoh 2006-2010 itu akan menjadi asas kepada pembentukan pelan baru untuk tempoh 2011-2015.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat negeri Pulau Pinang di sini, beliau berkata tiga agenda penting akan menjadi tumpuan dalam pelan baru itu iaitu mengukuhkan perpaduan kaum, meningkatkan jaminan keselamatan dan memperbaiki kualiti hidup rakyat.
Katanya, terdapat 4,227 unit RT di negara ini dan lebih 80 peratus daripadanya bergerak aktif mempromosikan semangat perpaduan, kejiranan dan permuafakatan menerusi aktiviti ekonomi, kemasyarakatan, agama dan sebagainya.
Mengenai penggantungan Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, selama tiga tahun oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti minggu lalu, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata pihaknya masih menunggu rayuan daripadanya.
Katanya, Huan digantung kerana mengancam keluar parti dan didakwa mengkritik kepimpinan parti dan diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan berhubung hukuman tersebut.
"Mengapa perlu menghebohkan perkara ini secara terbuka dan sebarang pertimbangan untuk memendekkan tempoh penggantungan keanggotaan bergantung kepada rayuannya," katanya.
Ketika ditanya kedudukan Huan dalam parti, beliau berkata berdasarkan perlembagaan parti mereka yang digantung keanggotaanya secara automatik juga digantung daripada semua jawatan yang disandang. - Bernama
Saturday, June 27, 2009
Cinta Fizz, Almy makin hangat
WAJAH mereka semakin laris di kaca TV mahupun layar perak. Tidak mustahil suatu hari nanti Fizz Fairuz mahupun Almy Nadia menjadi pelapis baru untuk bergelar hero dan heroin filem Melayu dan bakal menggantikan pelakon handalan seperti Rosyam Nor, Saiful Apek, Erra Fazira, Maya Karin mahupun Umie Aida dalam pentas persada seni tanah air.
Walaupun sudah hampir sembilan tahun bergelar anak seni, kerjaya lakonan Fizz mula melonjak sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini selepas membintangi lebih 100 drama, termasuk telemovie dan drama bersiri, selain beberapa filem seperti Gerak Khas The Movie, Orang Minyak, Anak Halal dan terbaru, Syurga Cinta.
Almy pula mula diperkenalkan menerusi drama bersiri Dunia Baru dan kemudiannya ke layar perak, Dunia Baru The Movie. Anak kelahiran Ipoh, Perak itu yang bakatnya dicungkil oleh Profesor Madya Razak Mohaideen itu banyak menimba pengalaman dengan pengarah berpengaruh itu. Kini selepas tiga tahun, Almy semakin selesa bergelar pelakon selepas menjadi buruan pengarah untuk filem dan drama terbitan mereka.
Pertemuan pada majlis tayangan Media Prima kira-kira tiga tahun lalu merapatkan dua pelakon yang kian melonjak itu. Tak kenal maka tak cinta. Mulanya benci akhirnya timbul bibit cinta antara Almy dan Fizz. Benar sesetengah pendapat, perasaan benci itulah akan bertukar menjadi sayang.
![]() |
Dengan nada perlahan, Almy akui: “Saya masih hijau lagi jika dibandingkan dengan pelakon lain. Banyak lagi watak yang diimpikan yang belum diterokai. Bagaimanapun saya juga puas merasai sepak terajang dalam dunia seni. Apa tidaknya, dalam tempoh tak sampai dua, tiga tahun, apa yang tak pernah saya terima, sebut saja tohmahan dan segala macam yang begitu memberi aib pada diri saya.
“Suka atau tidak, saya telan juga demi mengejar impian bergelar pelakon beraksi di pentas hebat. Saya juga bernasib baik ketika saya jatuh, tersepit dan dilemparkan segala macam tohmahan, Fizz banyak memberi semangat dan ingin saya terus berjuang dalam bidang seni.
“Hidup memang penuh pancaroba. Saya bersyukur berbekalkan bakat dan sedikit demi sedikit pengalaman yang dikutip, rezeki saya tak pernah putus-putus meskipun sebelum ini, saya juga pernah dilanda ujian besar, termasuk `dikenakan' orang sehingga berbulan-bulan terlantar sakit akibat perbuatan khianat. Alhamdullilah, Tuhan masih sayangkan saya.”
Bapa pernah halang jadi pelakon
Bagi Fizz, kerjayanya mula menampakkan sinar sejak tiga tahun lalu. Dulu pelakon drama bersiri Anak Buluh Betong itu tidak mendapat restu arwah bapa, Zainal Abidin Akih yang menghembuskan nafas terakhir tahun lalu akibat serangan jantung dan sakit buah pinggang.
Dengan nada perlahan, Fizz akui: “Mulanya dulu arwah bapa tak merestui saya terbabit dalam dunia lakonan. Anak seni tiada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kalau sakit susah tiada simpanan untuk hari tua. Arwah juga bimbang saya tiada pekerjaan tetap.
“Dulu saya sanggup berhenti kerja tetap demi mengejar minat dalam bidang lakonan. Sebenarnya berlakon bukanlah cita-cita saya, sebaliknya saya mengejar impian bergelar pemain bola sepak. Dulu saya mewakili banyak kelab kecil sekitar Pahang tetapi saya terpaksa melupakan impian itu selepas tercedera. Saya minta kerja kerajaan tetapi hanya bertahan enam bulan selepas saya dapat tawaran berlakon drama Mentari Production.
“Sejak itu, saya mula seronok berlakon dan nekad membuktikan pada arwah bapa dan keluarga, berlakon juga kerjaya yang cemerlang. Alhamdullilah, arwah mula merestui saya bila melihat saya kerap keluar TV dan wajah saya terpampang di dada akhbar dan majalah. Tiada lagi kelihatan kebimbangan di wajahnya sehinggalah arwah menghembuskan nafas yang terakhir.
Mahu raih trofi untuk bapa
“Saya mahu berusaha lebih bersungguh-sungguh, impian saya hanya saya - mahu menggenggam sebuah trofi tak kira popular mahupun terbaik sebagai dedikasi buat arwah bapa. Saya terkilan tidak bersama arwah pada saat dirinya dijemput Ilahi. Hanya beberapa saat sebelum saya tiba, arwah sudah tiada.”
Bagaimanapun, katanya, sebagai anak, dirinya berbangga dapat berbakti kepada orang tua. Dengan hasil kerja sebagai anak seni, Fizz menanggung segala perbelanjaan rawatan hinggalah kelengkapan pengebumian dan kenduri arwah. Dirinya tidak mahu sesen pun duit keluarga digunakan demi menabur jasa pada ibu bapanya.
Tak mampu lagi menahan tangis, Fizz akui: “Susah saya nak terima hakikat bapa sudah tiada ketika itu. Saya tak sangka secepat itu bapa meninggalkan kami. Belumpun sempat arwah mengecapi kejayaan bersama saya, beliau sudah menutup mata. Apa yang saya kesalkan, saya tak berada di sisinya ketika arwah nazak. Ketika saya menjalani penggambaran di Kuantan, saya menerima panggilan arwah nazak.
“Saya ambil teksi ke Bentong dan adik saya menunggu. Dalam perjalanan saya bertalu-talu menerima panggilan minta cepat kerana arwah sedang nazak. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana ‘gilanya’ saya memandu ketika itu, rasa seperti tak cecah bumi. Bagaimanapun sebaik pintu lif terbuka, saya tengok adik beradik lain sudah menangis, ibu datang memeluk saya dan beritahu bapa sudah tiada.”
Belum rancang berkahwin
Hubungan Almy dan Fizz bukan lagi rahsia, malah merpati dua sejoli itu semakin terbuka berbicara soal cinta biarpun mereka tiada perancangan mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini. Bukan mengejar kemewahan, bukan juga mengejar populariti hingga mereka sanggup mengetepikan soal rumah tangga sebaliknya Almy dan Fizz mahu betul-betul bersedia sebelum memasuki fasa baru dalam kehidupan iaitu alam rumah tangga.
Almy akui rumah tangga mana yang tidak dilandai badai, perhubungan mana yang tiada pasang surutnya. Bagaimanapun, dia mahupun Fizz berserah pada kuasa Tuhan, kalau ada jodoh tidak ke mana.
“Bukan saja dalam perkahwinan, dalam perhubungan juga saya banyak mengalah. Memang banyak onak dan durinya apabila berkawan dengan Fizz, dia makin popular. Ramailah gadis dan wanita yang ingin mendekatinya, tetapi saya percaya Fizz setia pada yang satu.
“Saya dan Fizz juga tak menjadikan hal yang remeh temeh untuk bergaduh, bermasam muka. Lagi pun kami jarang bertemu, dua atau tiga minggu sekali pun susah. Kami jarang mempunyai masa terluang, sentiasa sibuk dengan di lokasi penggambaran. Dulu apa yang tak orang bercakap mengenai Fizz, kaki clubbing dan hidup tak tentu hala tetapi selepas kami bersama, Fizz banyak berubah. Saya terima Fizz seadanya,” kata gadis kelahiran Perak itu.
INFO: Almy
INFO: Fizz
Solekan & Dandanan: Fahmee (012-2280178).
Irma serasi bersama Nabil
![]() |
Hubungan dengan Raja Lawak 2 bukan lagi rahsia namun masih terlalu awal untuk mengklasifikasikan keserasian yang semakin terjalin
HAMPIR lima tahun pembabitan Irma dalam industri hiburan, perjalanan seninya diperhatikan agak perlahan, berbanding artis baru lain seperti Fouziah Gous, Diana Danielle mahupun Sharifah Norazean atau Scha mereka semakin rancak menempa nama dan populariti. Perkara ini diakui Irma sendiri apabila mendapati karier rakan artis yang lebih junior daripadanya, terus melonjak dan mendapat perhatian ramai.
“Pada awal pembabitan saya dalam bidang seni, saya bermula dengan ‘zero’, tak ada pengalaman, jadi saya kurang mendapat kepercayaan pengarah mahupun penerbit. Walaupun semakin hari saya cuba memperbaiki mutu lakonan, pendakian menuju ke puncak masih perlahan sekalipun tawaran lakonan tak pernah putus. Justeru, saya tak tahu di mana silapnya, mungkin nasib dan rezeki belum benar-benar memihak kepada saya.
“Selain itu, saya juga kurang pendedahan cerita kontroversi yang menjadi perhatian media dan orang ramai. Macam mana nak ada kontroversi, dah memang saya tak suka kontroversi, selain mengelak diri daripada terbabit kisah sensasi yang boleh diperbualkan. Saya akui, kontroversi dan cerita sensasi sedikit sebanyak membantu karier seni seseorang artis, namun ia sekadar faktor tempelan.
![]() |
“Tapi, kontroversi atau kisah peribadi artis yang keterlaluan, sebenarnya tidak begitu sihat dan lebih parah sekiranya ia mengatasi karier. Namun, saya bersyukur, sekalipun karier berjalan agak perlahan tanpa sebarang kontroversi yang boleh dicanang, saya masih mampu mengharungi dunia seni hingga hari ini, yang penting kesabaran dan ketekunan,” kata Irma.
Sejak kisah putus cintanya dengan aktor kacak dan pengarah muda, Farid Kamil mendapat liputan media massa sedikit masa lalu, Irma masih belum menemui cinta baru sehinggalah pertengahan Januari lalu, namanya kembali menjadi sebutan apabila dia dikatakan menjalin hubungan rapat dengan juara Raja Lawak 2, Nabil.
“Kisah yang saya anggap terlalu peribadi itu bukan saya minta digembar-gemburkan. Tapi, sebagai seseorang yang tidak terikat dengan sesiapa, tiada komitmen, saya juga berhak untuk berkawan dengan sesiapa saja, termasuklah Nabil. Kalau saya tak berkawan, jawabnya tak kahwinlah saya sampai bila-bila. Justeru, kisah saya berkawan dengan Nabil, akhirnya mampu dihidu pihak wartawan, saya mengalah.
“Saya akui, ketika ini saya memang berkawan rapat dengan Nabil. Kami saling mengenali ketika terbabit dengan penggambaran sitkom Gegar Gitu Raya, tahun lalu. Hingga hari ini, keserasian antara kami semakin kelihatan,” kata Irma berterus-terang.
Pun begitu, sebelum ini Nabil dikatakan berkawan rapat dengan seorang pelajar kolej dan mereka pernah dilihat menghadiri Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) di Putrajaya, sekitar Ogos tahun lalu.
“Pada saat awal perkenalan kami, Nabil memberitahu saya, dia solo, tidak ada komitmen dengan sesiapa. Apabila dia membuat pengakuan begitu, saya berasakan tidak ada masalah apabila keluar dengannya. Namun, selepas tersiarnya nama Myra di media massa, pelajar kolej yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, Nabil mengaku antara dia dan Myra, mereka sekadar kenalan biasa.
![]() |
“Kebetulan, saya mula mengenali Myra ketika dia menjadi seorang tenaga kerja yang terbabit dalam penggambaran filem Dua Hati Satu Jiwa. Apabila berkesempatan bertemu Myra di lokasi penggambaran, saya tidak pernah bertanyakan kepada Myra mengenai persahabatannya bersama Nabil sebelum ini kerana Nabil sudah menjelaskan segala-galanya,” terang Irma lagi.
Akui hubungan pada peringkat awal
MENGENAI gosip yang tersebar di B*Pop sebelum ini, peminat mendakwa melihat kelibat Nabil dan Irma bersama seorang bayi sedang makan malam di Mutiara Damansara, Irma tidak menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu, Nabil menolak kereta sorong bayi, anak angkat perempuannya apabila mereka makan malam di The Curve.
Irma juga dikatakan pernah berada di dalam kereta Nabil apabila dia menemani pelawak popular itu di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Kecoh Betul, baru-baru ini. Di samping itu, Irma pernah dilihat memandu kereta Nabil memasuki perkarangan Sri Pentas TV3, tidak lama dulu. Apa komen Irma mengenai dakwaan ini?
“Apa yang mampu saya katakan lagi, perkara itu memang berlaku dan saya tidak menafikannya,” kata Irma sedia berterus-terang.
Justeru, hubungan rapat mereka bukan satu rahsia lagi, namun adakah kedua-duanya masih ingin menyembunyikan perasaan cinta yang sebenarnya sedang dibaja itu?
“Sekalipun kami berkawan rapat, hubungan ini masih di peringkat awal untuk saya mengklasifikasikan ia berada di tahap mana - bercinta, berkasih sayang atau sekadar teman baik, masih samar-samar. Saya ada pengalaman putus cinta sebelum ini, justeru hubungan yang terjalin antara saya dan Nabil, saya hanya membiarkannya berjalan mengikut arus, just follow the flow.
“Andai persahabatan ini semakin serius, alhamdulillah. Tapi kalau kami ditakdirkan hanya selesa sebagai kawan baik saja, saya terima segala ketentuan ini seadanya,” kata Irma yang menyerahkan untung nasib perkenalannya bersama Nabil di tangan Tuhan.
Nabil akui sayangi Irma
DALAM pada itu, ada desas-desus mendakwa Irma adalah orang ketiga dalam perhubungan Nabil bersama Myra sebelum ini. Sejauh mana Irma menerima kenyataan itu?
“Saya difahamkan oleh empunya diri (Nabil), dia tak pernah bercinta pun dengan Myra, mereka sekadar kawan baik. Justeru, macam mana nak kata saya orang ketiga dalam perhubungan mereka?,” soal Irma, sekali gus memperbetulkan dakwaan negatif terhadap dirinya.
Andai kata dalam masa Nabil dan Irma berkawan rapat, tiba-tiba saja Nabil cuba mendekati gadis lain, bagaimana Irma menerimanya?
“Saya tak mampu menghalangnya kerana Nabil berhak berkawan dengan sesiapa saja,” kata Irma ringkas.
Sementara itu, Nabil yang dihubungi ketika dia masih menjalani penggambaran filem, Momok The Movie di Temerloh, Pahang minggu lalu, mengakui antara dia dan Myra hanya berkawan baik, tidak ada hubungan istimewa antara mereka sebelum ini.
“Saya tidak pernah mengaku bercinta dengannya, jadi macam mana nak kata kami putus cinta? Sekalipun saya berkawan dengan Irma, namun hingga hari ini saya masih berhubungan dengan Myra. Kami tidak pernah bergaduh. Irma dan Myra kedua-duanya kenalan baik saya. Saya masih bujang, jadi tak salah saya berkawan dengan ramai orang. Cuma ketika ini, saya lebih rapat dengan Irma.
“Justeru, isu saya meninggalkan Myra tak pernah timbul. Saya juga tidak bersetuju apabila mendakwa Irma adalah orang ketiga kerana antara saya dan Myra, kami tak pernah bercinta,” kata Nabil yang mengakui Myra masih menuntut di Universiti Limkokwing, Cyberjaya.
Selepas puas dipujuk, akhirnya Nabil mengaku juga dia sebenarnya menyayangi Irma, biarpun ketika ini hubungan mereka masih di peringkat awal.
INFO: Irma Hasmie
- NAMA PENUH: Irma Hasmie Ibrahim
- TARIKH LAHIR: 8 Januari 1982
- ASAL: Kuala Lumpur
- KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik
- DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan, Cina)
- PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur
- KOMERSIAL: Pringles, Maxis, Yamaha dan Fair & Lovely
- DRAMA: Awan Dania, Lima, Hantu Raya, Duda & Dara dan Rahsia Gambar
- FILEM: Dua Hati Satu Jiwa, Cinta Fotokopi, Main-Main Cinta, Bujang Senang dan Diva
- PROGRAM TV: Chopp! (TV9), Roda Impian (Astro) dan Fesyen Lebaran (RTM)
Pernah digoda suami orang Jualiana
Jualiana semakin dikenali selepas membintangi drama bersiri Kami The Series dan terus menjadi sebutan apabila berpeluang mengacarakan program Remaja di TV3
CANTIK dan fotogenik! Itulah Juliana Evans apabila diminta beraksi di depan kamera, di kaca TV mahupun di layar lebar, hasilnya tidak pernah mengecewakan. Juliana, seorang bintang pan-Asian yang diberi jolokan Julia Rais ketika era kegemilangannya, mampu dijulang sebagai pelapis industri hiburan asal saja dia rajin berusaha mengasah bakat, memperoleh naskhah yang bagus dan sentiasa merendah diri, selain nasib baik yang menyebelahinya sebagai geran kejayaan.
Namanya semakin dikenali selepas membintangi drama bersiri, Kami The Series dan terus menjadi sebutan apabila berpeluang mengacarakan program Remaja di TV3 mulai 2005 hingga tahun lalu bergandingan dengan bintang One In A Million (OIAM), Alif Satar. Namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari apabila menjelang 2009, khidmat Juliana bersama Alif sebagai hos Remaja, tiba-tiba ditamatkan.
Selepas digugurkan tanpa diberitahu dengan notis awal, tempat kedua-duanya digantikan dengan wartawan penyiaran yang bertugas dalam produksi berkenaan. Pihak penerbitan menghubungi Juliana dan Alif, memberitahu khidmat mereka tidak diperlukan lagi. Lebih mengecewakan Juliana, kontraknya bersama Remaja hanya akan tamat April depan.
"Memang saya rasa terkilan sangat. Rasa macam tidak dihargai. Namun, saya pujuk diri, apabila berlakunya situasi seperti ini, anggap saja rezeki bersama Remaja setakat ini saja. Pun begitu, jasa TV3 kepada saya tidak pernah dilupakan. Kini, alhamdulillah, selepas meninggalkan Remaja, tawaran sebagai pengacara TV tetap ada, itulah dinamakan sebagai rezeki asal saja kita terus berusaha," kata Juliana yang semakin gah menempa nama di bidang lakonan.
Drama bersiri terbaru lakonannya, Kasut Tumit Tinggi sebanyak 13 episod mula menemui penonton menerusi Astro Prima sejak 22 Januari lalu, manakala dia juga sedang menanti tayangan filem Hooperz yang dijadual menjengah pawagam sekitar pertengahan tahun ini.
Tidak sah atau tidak lengkap kehidupan seorang selebriti hiburan jika tidak dikaitkan dengan kisah cinta, begitu juga dengan Juliana. Dia pernah menjalin hubungan cinta dengan bintang kacak Akademi Fantasia 2 (AF2), Adam, tiga tahun lalu. Kini, segala-galanya hanya kenangan terindah, tidak perlu diungkit kembali cerita lama apabila ketika ini masing-masing sudah membawa haluan sendiri.
Adam sudah menemui cinta baru, gadis jelita yang masih bergelar pelajar dikenali sebagai Joanna dan berasal dari Sabah, Juliana bagaimana?
"Selepas putus kasih dengan Adam dulu, kira-kira sebulan menyendiri, saya akhirnya bertemu teman baru. Bukan golongan artis, sebaliknya pemuda biasa yang terbabit dengan dunia perniagaan," katanya berterus-terang.
Juliana mengakui, pemuda berkenaan berusia 23 tahun dan baru saja menamatkan pengajiannya, kini bergelar ahli perniagaan.
"Terus teranglah, saya tidak selesa berkasih atau bercinta dengan artis mahupun selebriti. Pengalaman dengan Adam dulu, kami hilang privacy, masing-masing artis, bercinta pun orang tak tahu. Kini, apabila saya bertemu dengan pemuda kebanyakan, saya kurang tekanan, apabila orang bertanya, Juliana bercinta ke, saya tidak teragak-agak untuk mengakui perkara itu, yes I'm in love!
"Kami tidak mahu berahsia. Tidak ada apa yang perlu dimalukan apabila putus kasih. Sekiranya ditakdirkan kami tak ada jodoh, putus cinta, itu lumrah kehidupan, perkara biasa! Setiap orang akan melalui proses itu. Tapi, secara jujurnya, saya mengharapkan episod cinta yang baru saja bermula kira-kira dua tahun ini akan berkekalan. Habiskan belajar dulu, memajukan karier masing-masing dan jika kuat jodoh antara kami, kahwin!," katanya lagi.
Pengalaman digoda suami orang?
"Tak kiralah suami orang ke, tunang orang ke, mahupun teman lelaki orang lain, saya akui pernah melalui situasi didekati mereka yang sudah berpunya! Dalam usaha mendekati diri saya, macam-macam pujian diberikan. Kata-kata manis sentiasa bermain di bibir mereka. Namun, saya seorang perempuan, saya tidak sanggup melukai hati perempuan lain, termasuklah perasaan kekasih sendiri. Curang, itu bukan diri saya!
"Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jadi jangan layan! Kalau diberi muka, mulalah! Namun, dalam usia begini, saya tidak mahu memikirkan soal cinta terlalu serius, tambahan pula status saya sebagai seorang pelajar. Tapi, naluri seorang remaja, pasti tidak dapat lari daripada cinta. Seronok rasanya apabila diri dicintai dan menyintai orang yang kita sayang. Yang penting, lelaki itu bukan hak orang lain. Saya tidak mahu dilabel perampas!," akui Juliana yang memiliki aset secantik hidungnya.
Sejauh mana Juliana percaya dengan gosip dan kontroversi yang ada kalanya membantu melonjakkan nama seseorang artis itu?
"Ia membantu, saya percaya. Tapi, selagi boleh saya cuba elakkan terkena gosip dan terbabit dengan cerita negatif. Saya mahu dikenali dengan kerja dan usaha yang dilakukan, itu lebih diberkati dan berkekalan. Namun, saya juga seperti remaja kota lain, bergembira dengan kawan-kawan, karaoke, ada teman lelaki dan bersosial, namun segala-galanya perlu ada batasan. Sebagai pelajar, artis dan remaja, saya ada tanggung jawab, selain memelihara nama baik keluarga," katanya yang kini sedang menyiapkan penggambaran musim kedua, drama bersiri Ghost.
INFO: Juliana Evans


























Bukan mudah pertahan populariti Saiful Apek, Nabil dan Fouziah
![]() |
Saiful Apek, Nabil dan Fouziah antara wajah pelaris untuk pastikan filem dapat sambutan baik
BIARPUN mereka umpama 'lubuk emas' bagi pengarah dan produser drama serta filem tempatan, namun Saiful Apek, Nabil dan Fouziah Gous masih berpijak di bumi nyata, tidak sesekali lupa asal usul. Dan, rasa rendah diri masih menebal dalam diri biarpun disanjung, dipuji dan menjadi buruan penerbit dan pengarah tempatan yang menganggap mereka memberi pulangan lumayan. Sebab itu mereka kini adalah antara wajah pelaris untuk memastikan filem mendapat sambutan baik.
Namun, nama silih berganti mendaki takhta populariti yang tidak pernah bernoktah saban tahun. Laluan mendaki tangga populariti bukannya semudah angka abc, apatah lagi mengekalkannya.
Saiful Apek yang pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 akur hidup bagaikan putaran roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Untuk mengekalkannya bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran generasi baru yang berbakat.
![]() |
“Walaupun sudah mencipta nama namun populariti tetap utama. Buat masa sekarang, apa yang perlu difikirkan adalah masa depan kerjaya seni dan cara mengekalkannya. Cabarannya tentu berat tapi semua artis yang pernah menduduki tangga popular perlu melaluinya jika mahu terus berada dalam dunia seni.
“Prinsip saya, jangan mudah lupa diri dan sentiasa memperbaiki kelemahan. Saya masih seperti dulu, masih ingat asal usul saya. Bukan mudah saya mencapai tahap seperti hari ini, sesuatu yang tak pernah saya jangka. Cuma saya bernasib baik, peminat tak pernah jemu-jemu menyokong saya.
“Siapa sangka dari seorang krew belakang tabir, saya bergelar pelakon dan pelawak popular. Pejam celik sudah 15 tahun saya berada dalam dunia seni dan hingga kini, saya sudah membintangi 45 filem. Cuma tahun ini, saya membataskan aktiviti lakonan bagi memberi tumpuan pada kerja pengarahan dan pembikinan album yang terbengkalai lebih dua tahun,” katanya yang bakal muncul menerusi album solo pertama tidak lama lagi.
Saiful juga akui, kemunculan pelawak baru yang dianggap generasi baru tidak pernah mengancam kariernya, malah mereka adalah penyambung warisan perjuangannya yang kini mula beralih arah ke dunia pengarahan dan ia nyata lebih mencabar.
“Bukan soal sudah tidak laku... sebaliknya saya mahu menumpukan perhatian pada kerja yang terbengkalai. Selepas filem Shh... Dia Datang, saya akan mengarahkan satu filem lagi terbitan Noradz Production. Saya juga terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem bagi menumpukan perhatian pada kerja pengarahan dan pembikinan album.
“Selepas menerajui 45 filem, tibalah masanya saya memberi ruang pada kerja di sebalik tabir yang diminati selama ini. Dulu saya bermula dengan kerja balik tabir dan pernah menimba pengalaman bekerja dengan Aznil Nawawi, bagaimanapun saya dipecat kerana menolak dua tawaran berlakon. Saya sebenarnya lebih meminati kerja belakang tabir berbanding berlakon, tetapi rezeki lakonan lebih menyebelahi saya selepas saya menyertai kumpulan Senario,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.
Terbaru, Saiful bersama Nabil dan Fouziah buat pertama kalinya digandingkan dalam filem Sifu Dan Tonga arahan Profesor Madya Razak Mohaideen. Filem terbitan Lineclear Motion Pictures dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) itu akan menjengah pawagam bermula 29 Januari ini.
Nabil sifatkan Saiful sebagai mentor
Sebagai pendatang baru, Nabil mengangkat Saiful sebagai mentornya. Digandingkan bersama Saiful umpama bulan jatuh ke riba. Sambil menjeling pada Saiful, Nabil akui: “Inilah pertama kali dalam hidup saya berlakon filem dan digandingkan pula dengan mentor saya, Saiful Apek dalam filem Sifu Dan Tonga. Sukar nak gambarkan perasaan saya ketika itu, apatah lagi saya masih terlalu hijau dengan dunia lakonan.
“Saya masih ingat ketika itu, saya mendapat ‘sindrom confius’, maklumlah baru keluar gelanggang Raja Lawak. Saiful banyak memberi tunjuk ajar dalam membentuk lakonan saya dalam filem pertama ini. Buat saya paling selesa, Saiful melayan saya seperti sudah kenal lama, sedangkan itulah kali pertama kami digandingkan. Saya perhatikan Saiful tak seperti kebanyakan artis popular lain, dia sentiasa merendah diri dan melayan orang sekeliling seolah-olah dirinya orang biasa. Saya percaya itulah formulanya buat peminat terus menyayangi dan sentiasa menantikan kemunculannya di layar perak.”
Nabil juga akui, beliau bernasib baik dipertemukan Saiful yang tidak lokek ilmu dan sering berkongsi pengalaman suka duka bersamanya.
“Sebagai pelawak saya seharusnya tidak bermasalah bergandingan dengan sesiapa tetapi Saiful agak berbeza. Bukan saya mahu menumpang popularitinya, sebaliknya apa saja yang kami buat sering menjadi... tiada pertindihan sesama kami. Itulah dinamakan ‘chemistry.
Hampir setiap babak yang dilakonkan bersamanya membuatkan saya sakit perut menahan ketawa. Saiful banyak memberi tips untuk berdepan dengan kamera, postur yang patut diberikan apabila berada di depan kamera dan cara melontarkan dialog dengan baik,” katanya yang kini dikaitkan hangat bercinta dengan pelakon, Irma Hasmie.
Tonga alami kejutan budaya
Menyentuh filem Sifu Dan Tonga, Nabil akui gementar dengan reaksi penonton terhadap filem pertama lakonannya. Apatah lagi bergandingan dengan nama besar seperti Saiful, Erra Fazira, Fouziah Gous selain penampilan khas, Datuk Jalaluddin Hassan, Piee, Zainal Alam Kadir, Rozita Che Wan, Along Raja Lawak, Din Beramboi, Shamsul Ghau Ghau, Ruminah Sidek dan Mak Jah.
“Saya percaya masih banyak kelemahan saya dalam filem pertama ini, tetapi saya bersyukur mendapat tunjuk ajar daripada pengarah selain pelakon senior lain. Cuma, filem komedi ini lain daripada lain kerana ia memaparkan gelagat dua manusia zaman purba. Pakaian kami juga pelik seperti kaum dayak tetapi tidaklah menjolok mata.
“Saya melakonkan watak Tonga dan Sifu (Saiful) yang hidup pada zaman purba akhirnya keluar dari kepompong mereka dan terkejut dengan arus pembangunan. Mereka tinggal di hutan dan gua batu selama ini tersesat di kota besar dalam usaha mencari Mila (Fouziah) yang diculik orang kota.
“Gara-gara terlalu lama tinggal di gua, Sifu dan Tonga berdepan masalah dunia luar termasuk peralatan canggih seperti kereta, motosikal, tandas yang membawa kepada elemen kelucuan dalam filem ini,” katanya.
Fouziah akui sukar jadi gadis naif
Fouziah berkata, dia terlalu mengagumi dengan bakat magis yang dianugerahkan kepada Saiful dan Nabil. Bagaimanapun, berlakon dalam filem Sifu Dan Tonga memberi pengalaman pahit dan manis buatnya.
Sambil tersenyum, Fouziah akui: “Pengalaman manis apabila dapat bergandingan dengan nama besar seperti Saiful, Nabil dan Erra Fazira. Sesuatu yang saya impikan selama ini.
“Bagaimanapun, pahitnya apabila saya membawa watak Mila, seorang gadis hutan yang primitif dengan arus pembangunan kota. Apabila diculik Mama Tammy (Erra Fazira), saya hanya menjadi seorang bisu kerana tidak faham dengan percakapan orang kota. Saya lebih banyak bermain dengan pergerakan mata dan ekspresi bahasa tubuh.
“Agak lucu kerana saya, Saiful dan Nabil yang dianggap kaum Watson (kaum yang wujud sejak zaman perang Jepun) mempunyai bahasa sendiri. Bahasa komunikasi kami direka sendiri oleh Saiful dan Nabil yang pastinya akan menggeletek perasaan.
“Bukan mudah untuk menghayati watak gadis naif ini kerana sebelum masuk set penggambaran saya perlu mengosongkan fikiran, anggap saya tak tahu apa-apa. Paling mencabar, apabila saya terpaksa berlari dalam hutan dan dikejar oleh helikopter. Kaki saya luka akibat terpijak duri dan ranting pokok,” katanya yang pernah bergelar Pelakon Harapan Wanita Popular pada Anugerah Skrin 2007, selain menjadi finalis kategori Artis baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007.
Nama: Ahmad Nabil Ahmad
Umur: 26 tahun
Asal: Mambau, Negeri Sembilan
Idola: Jerry Seinfeld dan Afdlin Shauki
Filem: Sifu & Tonga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Momok, Man Tera, Pisau Cukur
Program: Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Hua... Hua... Hua..., Pondok-Pondok, Studio Nabil
Telefilem: Sonata Labu Labi
Pencapaian: Juara Raja Lawak
Nama: Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff
Usia: 40 Tahun
Tarikh Lahir: 12 Mei 1969
Tempat Lahir: Selangor
Filem: 45 filem termasuklah Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario, Lang Buana, KL Menjerit, Laila Isabella, Jutawan Fakir, MX3, Berlari Ke Langit, Bintang Hati, Gila Bola, Kuliah Cinta, Cinta Luar Biasa, Gila-Gila Pengantin Remaja, Gangster, Biar Betul, Lady Boss, Bujang Senang, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai, Duyung, Cicak-Man, Cicak-Man 2, Shh... Dia Datang dan Sifu & Tonga
VCD: Champion, Siapa Tak Sayang Bini, Siapa tak Sayang Bini II, Pelakon Popular, Manisnya Hempedu Pahitnya Madu, Jadi Tak Jadi, Apa Nak Di Kato, Neon, O.K
Pencapaian: Pelakon Komedi Lelaki Popular 2002 & Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003.
Nama: Nor Fouziah Mohd Gous
Usia: 27 Tahun
Tarikh Lahir: 11 Disember 1982
Tempat Lahir: Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Keluarga: Bongsu daripada lima beradik
Pendidikan: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic
Drama: Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Enigma, Kain Ketat Isabella dan Sutera Maya.
Filem: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai dan Sifu & Tonga
Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007
Solekan & Dandanan: Zul Fazli (












